Bapa Lima Anak Cabul Budak 9 Tahun Di Surau Berdepan Hukuman Penjara

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini viral video rakaman seorang lelaki melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di tandas sebuah surau di Sungai Petani, Kedah dan dipercayai berlaku tiga minggu lalu.

BACA : Wanita Dipenjara 300 Tahun Kerana Mencabul Kanak-kanak

Memetik Sinar Harian suspek yang dikenali sebagai Mohd Nizam Yaakub, dari Kampung Haji Ngah Bedong itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam tandas Surau Al-Ikhlas Zon Mawar Ambangan Heighs kira-kira jam 3.30 petang pada 13 Disember lalu.

Mengikut pertuduhan, Nizam yang bekerja sebagai kelindan lori melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh badan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husnah Omar meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap bapa kepada lima orang anak itu dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius dan dilakukan di tempat awam.

Bagaimanapun, Nizam merayu supaya jaminan dibenarkan kerana mempunyai tanggungan ramai termasuk isterinya tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah selain menanggung kedua ibu bapa.

Hakim, Prescilla Hemamalini Nadarajah membenarkan Mohd Nizam diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain turut menetapkan kes disebut semula 29 Januari 2020 depan.

Lelaki 71 Tahun Dicabul Lelaki Warga Emas Selepas Khayal Di Taiping

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*