Baru Kahwin Dua Bulan, Suami Bakar Isteri Hidup-hidup

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Hanya mengalami krisis rumah tangga, seorang suami nekad membakar isterinya hidup-hidup selepas bertengkar di sebuah rumah tumpangan di Surabaya, Indonesia semalam.

BACA : Suspek Bunuh Kerat Lapan Ditahan Di Singapura, Kepala Mangsa Masih Belum Ditemui

Menurut penyelia rumah tumpangan tersebut, Heri Suhandoyo, 46 tahun menjelaskan pasangan suami isteri dikenali sebagai Putri, 25 tahun, dan Purwanto, 45 tahun , menyewa salah sebuah bilik di rumah tumpangan itu.

Suhandoyo tidak tahu motif sebenar punca Purwanto membakar isterinya, namun mengakui pasangan itu mengalami krisis rumah tangga dan sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa hari lalu dipercayai isterinya balik ke rumah ibunya.

“Mereka baru berkahwin kira-kira dua bulan lalu. Namun pertengkaran teruk pagi ini.

“Selepas lima minit mendengar mereka bergaduh, saya mendengar Putri berteriak akibat panas dan tubuhnya terbakar,” – jelas Heri Suhandoyo kepada Tribunnews.

Putri  yang mengalami kecederaan parah terus dibawa ke hospital berdekatan.

Menurut seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Ria, dia memberitahu Putri sempat melarikan diri menuju ke pagar rumah untuk meminta bantuan dalam keadaan masih terbakar dan berasap.

“Dari sini (rambut) hingga ke tangan sudah terbakar dan dia memakai baju dan seluar panjang berwarna hitam.” – Ria.

Ria memberitahu kejadian itu berlaku lebih kurang dalam 10 minit dan selepas membakar isterinya, Purwanto terus melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Surabaya, Widiyantoro berkata, pihaknya masih menyiasat motif Purwanto membakar isterinya dan suspek masih diburu.

Manakala Putri dilaporkan mengalami luka terbakar di lengan, kaki dan muka, tetapi keadaannya stabil.

Sah! Kepala Dua Beranak Mati Dikerat Ditemui Di Siling Rumah Mangsa Sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*