Berang Ibu Mandi Bogel, Anak Belasah Ibunya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Berang dan tidak puas hati terhadap ibunya yang bogel semasa mandi, seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, hari ini kerana menumbuk badan warga emas itu.

BACA : Dipelawa Naik Kereta, Mata Warga Emas Dililit Pelekat Sebelum Disamun

Lelaki yang berusia 42 tahun berasal dari Ajil, Hulu Terengganu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Penganggur itu didakwa menumbuk belakang badan ibunya berusia 68 tahun dan menggenggam tangan kiri warga emas itu sehingga kesakitan selepas memarahi ibunya kerana mandi bogel.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ajil pada 10 malam, 1 November lalu, dan sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*