Calon Konstabel Polis Positif Ganja, Ditahan Polis Serta Merta

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki ditahan polis apabila didapati positif ganja semasa hadir temu duga jawatan Konstabel Polis Siri 2/2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau petang, semalam.

Suspek yang berumur 21 itu antara 114 calon yang hadir menghadiri temu duga itu telah disahkan positif dadah jenis ganja selepas melalui ujian saringan air kencing.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, lelaki itu sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pemulihan Dadah dan Rawatan 1983.

“Ini adalah kes pertama membabitkan calon pengambilan jawatan konstabel di Sabah didapati positif ganja. Mana-mana calon atau individu yang mahu menghadiri temu duga apa juga perjawatan dalam polis, perlu bebas daripada dadah.” – Datuk Omar Mammah

Datuk Omar Mammah menjelaskan sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada menjalani ujian saringan air kencing bagi memastikan semua calon bersih daripada penyalahgunaan dadah selain perlu melalui beberapa tapisan dan ujian termasuk ujian kecergasan serta fizikal.

Sumber : Berita Harian

1 Trackback / Pingback

  1. Guru Tendang Polis Wanita, Berang Anak Dimarah Selepas Kemalangan - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*