Didakwa Langgar Lari Dua Peserta Marathon, Cham Shan Jer Berhadapan Penjara 15 Tahun & Denda RM15,000

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Susulan kes langgar lari dua peserta larian Standard Chartered KL Marathon, Ahad lalu, Cham Shan Jer dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kemalangan dan memiliki dadah.

BACA : Wanita Memandu Lawan Arus Menangis & ‘Blur’ Dalam Kandang Saksi

Peniaga online berusia 25 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Wanita itu didakwa memandu kenderaan bernombor pendaftaran VK8854 di jalan awam dengan cara melulu atau bahaya kepada orang lain hingga menyebabkan kemalangan terhadap Lee Wei Jack dan Faizul Shahrul Mohd Salleh.

Kejadian yang berlaku di Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), selepas susur Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghala ke Gombak, kira-kira 6 pagi, 29 September lalu.

Atas kesalahan terbabit, Cham Shan Jer didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa memiliki dadah methamphetamine (anggaran berat 14.5 gram) di dalam lokap Balai Polis Pandan Indah, Jalan Pandan Ilmu dekat Ampang, pada 4.30 pagi, 30 September lalu.

Bagi perbuatan itu, Cham Shan Jer didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam TL Chen merayu dikenakan jaminan yang rendah atas alasan dia seorang ibu tunggal perlu menanggung anak berusia dua tahun dan ibu bapanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 bagi kedua-dua kesalahan.

Sumber : Harian Metro

Wanita Memandu Lawan Arus Menangis & ‘Blur’ Dalam Kandang Saksi

Incoming search terms:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*