“Ayah Janji Beli Handphone Baru” – Gadis 13 Tahun Dirogol Ayah Tiri Hingga Mengandung

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sejak kebelakangan ini kerap kita mendengar berita mengenai ‘bapa haruan’ dan kali ini dengan berjanji membelikan handphone baharu untuk memerangkap anak tirinya berusia 13 tahun, supaya menurut kehendaknya.

BACA : “Nak Buat Macam Mana, Sudah Terlanjur” – Bapa Rogol Anak Kandung Sehingga Mengandung 6 Bulan

Lelaki yang berasal dari Indonesia dan merupakan ayah tiri kepada mangsa dipercayai merogol anak tirinya itu sehingga mengandung 7 bulan sejak tahun 2018 lagi sehingga tahun ini.

Menurut portal Tribun Jakarta, perbuatan lelaki itu terbongkar apabila tubuh badan mangsa berubah menjadi seperti seorang yang mengandung walhal dia baru berumur 13 tahun.

Setelah disiasat, gadis itu rupa-rupanya memang sedang mengandung akibat dirogol oleh bapa tirinya itu.

Malah, mangsa akan dirogol setiap kali ibu mangsa tiada di rumah dan semasa ibu mangsa pergi ke majlis bacaan Yaasin pada setiap malam jumaat.

Mangsa juga sering diugut oleh ayah tirinya itu untuk tidak memberitahu sesiapa dan berjanji akan membelikan telefon bimbit baru serta memberi wang tunai.

Mangsa yang dalam ketakutan dan mempercayai kata-kata aha tirinya hanya mampu mendiamkan diri sahaja dan sering mengurungkan diri dalam rumah.

Mangsa juga kurang bersosial bersama rakan-rakan sebayanya dan disebabkan itu jiran tetangga mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Sedar akan anak tirinya itu sudah mengandung, suspek telah membawa lari mangsa pergi ke daerah Campurdarat dengan tujuan menyembunyikan perbuatanya daripada orang ramai.

Hasil kecekapan dan ketangkasan pihak polis, mereka berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan di atas kesalahan yang dilakukan.

“Nak Buat Macam Mana, Sudah Terlanjur” – Bapa Rogol Anak Kandung Sehingga Mengandung 6 Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*