Guru Tendang Polis Wanita, Berang Anak Dimarah Selepas Kemalangan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang polis wanita berpangkat Koperal yang baru lima bulan melahirkan anak telah ditendang di perut oleh guru wanita di Kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, semalam.

BACA : Calon Konstabel Polis Positif Ganja, Ditahan Polis Serta Merta

Kejadian berlaku pada 3.30 petang menyebabkan anggota itu kesakitan dan dirujuk di Hospital Pasir Mas (HPM).

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, ketika kejadian, guru berusia 41 tahun itu hadir ke balai dan mendakwa anaknya dimarahi polis selepas terbabit kemalangan.

Wanita tersebut berang atas tindakan anggota polis yang memarahi anaknya itu dan meluahkan kemarahan dengan menarik tudung polis wanita serta menolaknya dengan kasar.

“Mangsa cuba sabarkan wanita itu namun, dia lebih agresif dengan menendang di bahagian perut mangsa yang baru melahirkan anak, lima bulan lalu.

“Leher mangsa turut dipegang selama 10 minit dan pada masa sama, dua anggota polis membantu melepaskan tangan guru itu.

“Pada awalnya, mangsa hanya mahu membantu wanita itu mencari anggota yang didakwa memarahi anaknya,” – Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Akibat tindakan melampau guru wanita terbabit, mangsa membuat laporan untuk tindakan lanjut dan suspek ditahan pada 9 malam tadi.

Abdullah Mohammad Piah memberitahu gurua wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil pada 11 malam hari sama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Calon Konstabel Polis Positif Ganja, Ditahan Polis Serta Merta

1 Trackback / Pingback

  1. Anggota Polis Meninggal Dunia, Sesak Nafas Selepas Larian Naik Pangkat - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*