“Kepala Sakit Membaca Komen” – Ibu Mangsa Basikal Lajak Kecewa Netizen Komen Melampau

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, keputusan mahkamah agak mengejutkan apabila pemandu wanita, Sam Ke Ting telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan orang budak ‘basikal lajak’ maut.

BACA : Wanita China Mabuk Langgar Penunggang Motosikal Direman

Namun, itulah hakikatnya dan salah seorang ibu kepada mangsa, Nur Cahaya Amrul, 39 tahun redha dengan keputusan mahkamah tetapi mendakwa naluri keibuannya terguris dengan komen negatif daripada netizen.

“Budak-budak itu (lapan mangsa basikal lajak), dia sudah ‘bayar’ kesalahan dengan nyawa. Kenapa warganet masih perlu menghukum kami?” jelas Nur Cahaya Amrul kepada Harian Metro.

Cahaya adalah ibu kepada Allahyarham Fauzan Halmijah, salah seorang daripada lapan remaja maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, pada 18 Februari 2017.

“Hati saya terguris, semua komen negatif dikongsikan di Facebook (FB) memburuk-burukan orang tua (keluarga kepada mangsa kemalangan maut).

“Dari awal kes, orang menyalahkan orang tua dan kesan emosi tidak sehebat dulu kerana ketika itu saya tidak memiliki telefon bimbit.

“Tetapi, ketika ini, kenyataan mereka mengguris hati saya,” – Nur Cahaya.

Dia turut akui sudah dua tahun memendam perasaan sedih kerana pandangan sinis masyarakat sehingga terpaksa menunggu ibu bapa pelajar selesai mengambil anak mereka, barulah dia mengambil anaknya yang lain di sekolah.

Semuanya kerana untuk mengelak daripada soalan berulang yang mempersoalkan mengapa anak (arwah) berada di tempat kejadian.

Wanita China Mabuk Langgar Penunggang Motosikal Direman

1 Trackback / Pingback

  1. Biar Anak Main Basikal Lajak, Enam Penjaga Ditahan Polis - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*