“Kalau Tak Leher Terbelah” – Jari Hampir Putus, Tali Diikat Melintang Tengah Jalan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Jari tangan seorang penunggang motosikal hampir putus apabila tali yang dipercayai diikat melintang di tengah jalan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Syazwan, memuat naik gambar jarinya yang cedera parah akibat kesan hirisan dari tali terbabit.

Tali tersebut dipercayai tali yang digunakan untuk memancing diikat dari tiang di tepi jalan dan dilintang menghala ke seberang jalan.

“Tali melintang tengah jalan kat jalan greenwood nak ke DUKE highway.

Hati-hati buat kawan-kawan lain. Nasib sempat tarik tali tu naik atas. Kalau tak, leher yang terbelah. Haih,” – tulis Mohamad Syazwan di Facebook.

Menurut Syazwan, dia mengalami detik hitam ini dari jalan selepas lampu isyarat Greenwood (bawah flyover) menghala ke lebuh raya DUKE.

Dia bernasib baik kerana cepat bertindak menarik tali tersebut naik ke atas dan jika tidak, sudah pasti lehernya terputus dua akibat hirisan tali tersebut.

Di dalam status laman sosialnya itu, Syazwan turut menasihati supaya penunggang-penunggang motosikal yang lain agar berhati-hati apabila melalui jalan tersebut.

Ramai netizen memberi komen mengenai kejadian itu dan rata-rata mereka menganggap itu adalah taktik perompak memerangkap mangsa supaya mangsa berhenti apabila melihat tali tersebut.

Bukan itu sahaja, ada yang memberitahu kawasan tersebut memang ramai yang menjadi mangsa tali tersebut.

Sumber : Mohamad Syazwan

1 Trackback / Pingback

  1. "Jari Saya Akan Dipotong" - Main Game Di Handphone Yang Screen Protector Retak, Isi Jari Lelaki Dijangkiti Kuman - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*