Bapa Jual Anak Baru Lahir RM29,230 Di WeChat Kerana Tidak Mampu Membesarkannya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang bapa di bandar Suqian, China sanggup menjual anak perempuannya yang baru dilahirkan kepada pasangan yang baru dikenali menerusi aplikasi WeChat dengan harga £5,700 (RM29,230) kerana tidak mampu membesarkan bayi itu.

BACA : Ibu Tikam Bayinya Umur 3 Bulan Selepas Terdengar ‘Bisikan Syaitan’

Memetik Daily Mail, menerusi rakaman kamera CCTV hospital bersalin, bapa bayi tersebut dikenali sebagai Zhao dilihat membawa keluar anaknya yang berusia 3 hari untuk diserahkan kepada pasangan yang membeli anaknya itu.

Zhao yang terpaksa pergi sejauh 257.4 kilometer untuk menghantar anaknya kepada keluarga baru selepas menerima deposit daripada pasangan suami isteri Li dan Gao dari Nanjing.

Menurut laporan polis Changzhou, wilayah Jiangsu, Zhao dan isterinya memberitahu mereka menjual anaknya kerana tidak mampu untuk membesarkan dengan alasan kekurangan wang.

Polis turut mengenal pasti rakan Zhao dikenali sebagai Wang yang memuat naik iklan ‘jual bayi’ itu sejak April lalu di WeChat.

Manakala pasangan yang membeli anak Zhao itu sudah lama berkahwin namun tiada anak kerana masalah kesihatan dan bayi tersebut kini dijaga di pusat kebajikan kerajaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*