“Saya & Kawan-Kawan Dah Pergi Ke Rumah Suspek, Tetapi…” – Rakan ‘Rider Grabfood’ Mangsa Samun Kesan Suspek

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas penyebaran gambar suspek samun di laman sosial Facebook semalam, rakan mangsa samun menerima pelbagai info dan maklumat mengenai lelaki di dalam gambar tersebut.

BACA : Video & Gambar ‘Grabfood Rider’ Selepas Disamun Buat Netizen Menitik Air Mata

Di atas info dan maklumat yang diterima oleh rakan-rakan mangsa kes samun semalam, menerusi Facebook Mr’Apex Shukor mendakwa mereka telah pergi ke rumah suspek samun untuk mengenalpasti identiti suspek terbabit.

“Terima kasih pada yang memberi info & membantu share kan kes ini, dari info yang boleh dipercayai saya dan kawan-kawan dah pergi ke rumah suspek untuk mensahihkan identiti walaupun suspek tiada dirumah.

Terima kasih jugak pada family suspek yang memberi kerjasama sebentar tadi. Pihak polis juga telah menjalankan tugas mereka untuk kes ini . Terima kasih sekali lagi.” – tulis Mr’Apex Shukor di Facebook.

Sebaik sahaja sampai di rumah suspek, rakan-rakan mangsa mendapati suspek tiada di rumah dan dimaklumkan oleh keluarga suspek yang suspek tiada di rumah.

Menurut rakan mangsa yang lain, isteri suspek yang tengah sarat mengandung itu memberitahu suaminya tiada di rumah dan memberitahu mereka silap orang kerana suaminya juga mangsa samun.

Rakan mangsa, Shukor memberitahu kepada netizen yang keluarga suspek turut risau kerana sehingga awal pagi tadi, suspek belum balik ke rumah.

Netizen juga berharap agar isteri dan keluarga suspek tidak bersubahat untuk menyembunyikan suspek di dalam rumah.

Gambar suspek samun rider Grabfood di kawasan Seksyen 17 PJ viral

Video & Gambar ‘Grabfood Rider’ Selepas Disamun Buat Netizen Menitik Air Mata

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*