Rakam Video Bawah Skirt Perempuan, Lelaki Maut Selepas Dikejar Orang Ramai

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki berusia 46 tahun dikejar sebelum ditahan oleh lima orang selepas disyaki merakam video bawah skirt seorang perempuan di dalam tren di Jalan Niven, Singapura.

Lelaki itu meninggal dunia pada jam 12.45 petang Jumaat lalu selepas suspek muntah dan semasa polis tiba di tempat kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri dan tiada degupan jantung.

Polis kemudian cuba memberi bantuan sehingga paramedik tiba di tempat kejadian, namun telah disahkan oleh paramedik bahawa suspek telah pun meninggal dunia.

Menurut salah seorang daripada lima orang awam yang terlibat dalam kejadian itu, dia tidak berniat menyebabkan kematian suspek.

“Kami hanya menjalankan tanggungjawab sivik dan hanya menunggu polis tiba di tempat kejadian,” – jelas lelaki tersebut kepada portal Asia One.

Lelaki terbabit yang enggan didedahkan namanya itu menjelaskan, dia mengejar suspek lebih kurang 500 meter selepas mendapati suspek melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Selepas bantuan empat orang lagi orang awam, dia berjaya menahan suspek tetapi mula melepaskan pegangannya apabila suspek mula muntah dan mendakwa dia tidak mencekik suspek sehingga mati.

Sejak kejadian itu, lelaki terbabit tertekan menyebabkan dia tidak tidur lena selama dua malam dan pihak polis masih menyiasat kes tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*