Main Holo Do Tempat Awam, 9 Lelaki Berhadapan Denda RM5,000 & Penjara 6 Bulan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara bermain judi yang dikenali sebagai holo di tempat awam, 3 beradik antara 9 lelaki didenda RM,1500 oleh Mahkamah Majistret Kuching, semalam.

Tertuduh yang berusia 23 hingga 54 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nelson Ensit di hadapan Majistret Mohd Syukri Mokhtar.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika gagal membayar denda, kesemua tertuduh boleh dipenjara selama lima bulan.

Menurut laporan Harian Metro, kesemua tertuduh melakukan kesalahan itu di kawasan terbuka di hadapan kedai runcit di Kampung Sarig, Padawan, 6.10 petang, 25 September lalu.

Mengikut akta terbabit, mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*