Pegawai Polis Mengamuk Lepaskan Tembakan Selepas Tunang Minta Putus

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengamuk dan melepaskan tembakan terkena kaki seekor anjing berpunca daripada pergaduhan dengan tunangnya di sebuah rumah di Taman Merdeka, di Ipoh, semalam.

BACA : Pernah Dibuli 53 Tahun Lepas, Pesara Marin 69 Tahun Tembak Rakan Kelas Di Majlis Reunion

Dalam kejadian 6.30 petang itu, suspek berusia 29 tahun itu ditahan Unit Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, tujuh minit selepas kejadian itu berlaku.

Difahamkan, suspek yang melaporkan diri di Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian, pada 4 September lalu dipercayai tidak menghadirkan diri untuk bertugas.

Menurut siasatan polis, suspek pergi ke rumah tunangnya dengan menaiki motosikal motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Siasatan lanjut mendapati suspek tidak puas hati dengan tunangnya yang mahu memutuskan pertunangan sehingga mengakibatkan pergaduhan berkenaan.

Suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, memetik Harian Metro.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*