“Kau Tak Bagi Duit, Aku Sepak” Pembuli ‘Pau’ & Tendang Budak Sekolah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebuah rakaman video berdurasi 30 saat mengundang kemarahan warga Twitter apabila video yang memaparkan seorang pelajar lelaki dibuli oleh seorang lelaki yang lebih dewasa darinya.

BACA : Pernah Dibuli 53 Tahun Lepas, Pesara Marin 69 Tahun Tembak Rakan Kelas Di Majlis Reunion

Di dalam video terbabit kelihatan lebih kurang 4 orang remaja lelaki sedang mengelilingi pelajar yang memakai kopiah putih dan mengikut dialek percakapan mereka dan sumber dari netizen mengatakan kejadian berlaku di Taman Perumahan Jaza Joh Labok, Machang, Kelantan.

Pembuli yang memakai baju hitam dikenali sebagai Irfan Iman itu meminta wang RM5 daripada mangsa tetapi ditawarkan jam yang ditanggalkan dari tangan kerana mungkin mangsa tidak mempunyai wang tunai.

Bagaimanapun pembuli itu menolak pemberian jam tangan tersebut kerana menganggap jam tersebut merupakan hadiah daripada ibu mangsa.

Bengang tidak dapat wang tunai daripada mangsa yang bersekolah di Sekolah Maahad Syamsul Maarif, Pulai Chondong, si pembuli terus menendang di bahagian peha mangsa sebelum dibenarkan untuk beredar dari situ.

Menurut seorang pengguna Twitter, si pembuli pernah terlibat dengan kes cabul seorang makcik di tempat kenduri, namun kes tersebut tidak pasti sama ada dilaporkan kepada pihak polis atau pun tidak.

Dalam pada itu, satu screen shot perbualan WhatsApp mengatakan si pembuli itu telah ditangkap polis petang tadi untuk siasatan lanjut selepas mangsa membuat laporan polis.

Pernah Dibuli 53 Tahun Lepas, Pesara Marin 69 Tahun Tembak Rakan Kelas Di Majlis Reunion

Sumber : Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*