Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta Dipandu Pelajar Wanita

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Lelaki dipercayai berusia 50-an dan tiada dokumen pengenalan diri yang menunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tun Ali, di Melaka, 6.20 petang semalam.

BACA : Didakwa Langgar Lari Dua Peserta Marathon, Cham Shan Jer Berhadapan Penjara 15 Tahun & Denda RM15,000

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Superintendan Hasan Basri Yahya, kemalangan berlaku apabila basikal ditunggang mangsa dirempuh kereta dipandu pelajar wanita berusia 23 tahun.

Sebelum kemalangan, kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Jalan Hang Tuah menghala ke Taman Lagenda.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan tiba-tiba masuk ke lorong kiri dari bahu jalan sebelah kanan.

“Basikal mangsa kemudian dirempuh oleh kereta berkenaan yang berada di belakangnya. Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal di lokasi kejadian,” – jelas Hasan Basri kepada Harian Metro.

Seterusnya, pemandu kereta kemudian diarahkan untuk diambil sampel darah bagi pemeriksaan alkohol dan dadah manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Sehingga kini (pagi) identiti mangsa belum dikenal pasti dan berdasarkan pemeriksaan fizikal dipercayai orang tempatan.

“Usaha mengesan waris sedang dijalankan dan polis meminta sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan untuk hadir ke Balai Polis Trafik Melaka Tengah untuk proses pengecaman,” – Hasan Basri.

Usaha mengesan waris masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wanita Memandu Lawan Arus Menangis & ‘Blur’ Dalam Kandang Saksi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*