Pertandingan Perut Boroi Di Sabah Tawarkan Hadiah Lumayan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kepada korang yang mempunyai perut yang boroi atau pun buncit, korang sekarang ni dah boleh tersenyum kerana satu pertandingan yang menghargai perut korang akan diadakan di Kompleks Olahraga Beaufort di Sabah.

BACA : Petua & Rahsia Hilangkan Perut Buncit Atau Perut Boroi Dalam 1 Minggu

Pertandingan khas untuk lelaki yang mempunyai perut dan lilitan pinggang besar ini bakal berlangsung pada 1 Disember 2019 dan menawarkan hadiah yang cukup lumayan.

Alex Soo, selaku penganjur pertandingan menjelaskan pertandingan tersebut diadakan untuk menghargai lelaki yang berperut buncit dan mahukan kaum hawa merasa bangga sekiranya pasangan mereka mempunyai perut yang buncit.

“Peserta perlu menggayakan dan berjalan di atas pentas sambil diadili oleh pengadil khas,” – jelas Alex Soo kepada Malay Mail.

Menurut Alex, pertandingan ini hanya terbuka kepada lelaki berusia 30 tahun ke atas dengan bayaran masuk RM35 seorang.

Manakala hadiah yang ditawarkan untuk juara RM400, hadiah kedua RM300 dan hadiah ketiga RM200 serta hadiah saguhati untuk 6 peserta RM50.

Pihak penganjur mengatakan sekiranya penyertaan untuk pertama kali ini memberansangkan, mereka akan mengadakan pertandingan yang sama dengan lebih banyak kategori.

Jika korang berminat untuk pertandingan perut boroi ini, korang boleh menghubungi Alex Soo di talian 013-8531718 untuk keterangan lebih lanjut.

Petua & Rahsia Hilangkan Perut Buncit Atau Perut Boroi Dalam 1 Minggu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*