Pernah Dibuli 53 Tahun Lepas, Pesara Marin 69 Tahun Tembak Rakan Kelas Di Majlis Reunion

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara sering dibuli semasa di zaman persekolahan, seorang pesara Marin menyimpan dendam terhadap pembulinya 53 tahun yang lepas.

Lelaki berusia 69 tahun yang dikenali sebagai Thanapat ini telah hadir di satu majlis reunion di Thailand bersama rakan-rakan kelas termasuk yang suka membulinya di sebuah kedai makan sambil minum dan berborak panjang.

BACA : Senapang Makan Tuan, Peniaga Maut Tertembak Sendiri

Menurut China Press, Thanapat dan rakan-rakan kelas pada tahun 1966 tidak berhubung satu sama lain sehinggalah 50 tahun terakhir ini.

Semasa majlis tersebut, Thanapat hairan bagaimana mereka dapat mencarinya setelah bertahun lama, dan mereka berpura-pura tiada apa yang terjadi di masa zaman sekolah dahulu.

Entah bagaimana, Thanapat tiba-tiba mula mengingati semua kenangan silam dia dibuli semasa di sekolah dan dendamnya terhadap si pembuli yang dikenali sebagai Suthud membuak-buak.

Thanapat cuba menutup telinganya, namun suara rakan-rakan dan Suthud masih kedengaran menyebabkan dia hilang pertimbangan lalu terus mengambil pistol dan menembak perut Suthud.

Rakan-rakannya yang berada di situ terus melarikan diri, manakala Suthud terus jatuh dari kerusi dan dilaporakan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital oleh rakannya yang lain.

Selepas melunaskan dendam yang tersimpan itu, Thanapat duduk sambil menghisap rokok di kedai makan itu seorang diri sebelum kehadiran polis.

Polis terus merampas pistol milik Thanapat dan menjumpai beberapa senjata lain di tempat kejadian milik Thanapat, namun dia mengakui mempunyai kebenaran untuk menyimpan senjata dan peluru selepas bersara.

Thanapat memberitahu polis dia tidak menyesal membunuh rakan kelasnya itu kerana dia merasakan melakukan perkara yang sama apa yang Suthud lakukan kepadanya 53 tahun yang lepas iaitu menguburnya hidup-hidup.

Rupa-rupanya, semasa zaman sekolah, Thanapat hampir mati apabila pernah dikubur hidup-hidup oleh Suthud dan bernasib baik kerana berjaya melarikan diri lalu berpindah sekolah selepas kejadian itu.

Sumber : World Of Buzz

1 Trackback / Pingback

  1. Pegawai Polis Mengamuk Lepaskan Tembakan Selepas Tunang Minta Putus - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*