Viral Motosikal Anggota MPKj Dilumur & Diletak Daging Babi Tanda Protes

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Gara-gara tidak berpuas hati dengan penguat kuasa MPKj yang mengeluarkan saman parkir, segelintir individu dipercayai melumur dan meletakkan daging babi di atas motosikal anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di kawasan perumahan di Cheras, Kajang, semalam.

BACA : Cacing Sepanjang 1.8 Meter Dalam Perut, Punca Makan Daging Babi

Dilihat pada video dan gambar yang viral di laman sosial, daging babi itu bukan saja diletakkan di bahagian tempat duduk motosikal, malah di dalam topi keledar yang kononnya tanda protes terhadap MPKj.

“Sebelum ini, kami sudah menangguhkan tindakan penguatkuasaan selama sebulan yang tamat pada bulan lalu.

“Namun apabila tindakan diambil terdapat segelintir bertindak sedemikian dan kejadian itu hanya disedari anggota penguat kuasa apabila mereka kembali semula ke motosikal selepas mengeluarkan saman.

“Laporan polis berhubung kejadian itu sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjutnya,” – jelas sumber MPKj kepada Harian Metro.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video Anggota MPKj Samak Motosikal Dilumur Daging Babi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*