Cuba Bunuh Diri, Wanita Lempar Anak Lelaki Dari Tingkat 10 Sebelum Terjun Bersama Anak Perempuannya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita yang dipercayai mempunyai masalah dengan keluarganya cuba untuk membunuh diri bersama anak lelaki dan perempuannya dengan terjun dari tingkat 1o di sebuah bangunan flat kediaman di Kepong pada 19 Ogos lalu.

BACA : Bengang Diejek Gemuk, Gadis Tikam Teman Lelaki Sampai Mati

Menurut laporan China Press, dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita itu dipercayai melempar anak lelakinya yang berusia 6 tahun terlebih dahulu sebelum dia dan anak perempuannya berusia 7 tahun yang dipeluknya terjun dari flat kediaman mereka itu.

Wanita itu membawa anak-anaknya ke tingkat 10 sebelum terjun dan nekad untuk mati bersama-sama sebelum penduduk di flat tersebut mendengar bunyi kuat seperti mercun, tetapi apabila diperiksa, mereka terkejut melihat atap zink berlubang yang dipercayai impak daripada wanita dan anak-anaknya jatuh.

Semasa diperiksa, salah seorang penduduk di situ memberitahu wanita itu masih sedarkan diri dan masih boleh memberitahu nombor telefon suaminya.

Wanita dan anak perempuannya terus dibawa oleh ambulans ke hospital dan kini masih dalam rawatan rapi kerana didakwa kritikal, manakala anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian dan dipercayai bedah siasat telah dijalankan awal pagi semalam.

Sumber : World Of Buzz

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Remaja 13 Tahun Gantung Diri Kerana Tertekan 'Homework' Tidak Siap - HOIVIRAL
  2. Wanita Bungkus Mayat Anak & Sembunyikan Dalam Almari, Selepas Maut Minum Pencuci Tandas - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*