Wanita Memandu Lawan Arus Menangis & ‘Blur’ Dalam Kandang Saksi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ingat lagi tak kisah seorang wanita yang mengaku dirinya OKU memandu lawan arus secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli pada 14 Mac 2017 lalu di Lebuhraya Utara Selatan, arah utara?

BACA : Dapat Liputan Meluas, Cindy Ng Disiasat Seksyen 302 KK Kerana Membunuh

LIHAT : VIDEO DAN GAMBAR KEMALANGAN GEN 2 REMPUH KELISA

Wanita yang dikenali sebagai Cindy Ng atau nama sebenarnya Ng Pei Ven, hari ini pihak Mahkamah Majistret, di Bukit Mertajam terpaksa memasang penghadang bagi mengelak wanita itu berkomunikasi dengan keluarganya dari kandang saksi.

Namun, wanita berusia 21 tahun itu dilihat terpinga-pinga dan mengalirkan air mata selepas penghadang dipasang.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari membuat permohonan itu selepas tertuduh dilihat berkomunikasi dengan keluarganya yang duduk di tempat awam setiap kali diajukan soalan.

Memetik Harian Metro, pada hari pertama kes bela diri pagi hari ini, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan pembelaan bersumpah di kandang saksi di hadapan Majistret Sri Prancha Nanthini Balabedha.

Malah, dalam prosiding dikendalikan dalam bahasa Mandarin itu, peguam tertuduh, Lim Boon Beng juga mengemukakan dua dokumen kepada mahkamah masing-masing laporan doktor dan surat pengesahan kad Orang Kurang Upaya (OKU) milik tertuduh.

Dalam pada itu, Cindy Ng mengaku sudah sembilan bulan memiliki lesen memandu yang sah sebelum kejadian berlaku pada 14 Mac 2017.

Manakala pihak pembelaan juga akan memanggil dua saksi, doktor dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mengeluarkan kad OKU berkenaan.

Menurut Cindy Ng, dia terpaksa membuat pusingan sebelum Plaza Tol Sungai Dua kerana melihat sebuah lori yang cuba melanggarnya di hadapan.

Ketika disoal sama ada tertuduh tahu bahawa memandu melawan arus adalah satu kesalahan, Ng memberitahu mahkamah dia tidak faham dengan soalan yang diajukan. Peninggg…

Profil Cindy Ng : Memandu Lawan Arus Bunuh Satu Nyawa

1 Trackback / Pingback

  1. Didakwa Langgar Lari Dua Peserta Marathon, Cham Shan Jer Berhadapan Penjara 15 Tahun & Denda RM15,000 - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*